Tuesday 16 May 2017

Kebaikan Buah Salak

Related image

Salak merupakan satu tanaman palma yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah salak yang dipanggil juga sebagai snake fruit ini merupakan buah yang tidak asing lagi bagi masyarakat nusantara terutamanya Indonesia dan Malaysia.

Berikut adalah beberapa khasiat dan manfaat buah salak:-

1) Buah salak mengandungi pelbagai jenis vitamin dan salah satunya adalah vitamin A.
Vitamin A sangat bagus bagi mereka yang mahu menjaga stamina badan. Selain itu, vitamin A yang setara dengan karoteriod sangat baik untuk menjaga kesihatan mata.

2)Bagi mereka yang mahu sentiasa muda bolehlah menjadikan buah salak sebagai buah kegemaran bagi mereka. Ini kerana kepelbagaian vitamin yang ada dalam buah ini menjadikannya antara buah yang terbaik bagi mencegah penuaan.

3)Ibu-ibu yang hamil terutama bagi mereka yang hamil dalam lingkungan umur yang muda pasti pernah mengalami morning sickness atau perasaan mual pada waktu pagi. Untuk mengubati keadaan ini, seringkali orang menggunakan buah salak sebagai penawarnya. Ini kerana rasa yang unik dalam buah salak boleh menghilangkan rasa mual tersebut.

4)Kandungan serat yang tinggi dalam buah salak amat baik bagi mereka yang mahu berdiet atau menurunkan berat badan. Ini kerana kandungan serat tersebut dapat menghilangkan rasa lapar.

5)Salah satu daripada kandungan dalam buah salak dipercayai mampu untuk mencegah kanser!!! Zat tersebut terkandung dalam selaput jernih yang membaluti buah salak tersebut. Jadi mulai sekarang kita tidak perlu bersusah payah untuk membuang selaput tersebut kerana ada manfaat yang besar darinya.

Akhir kata, buah salak adalah salah satu daripada buah yang amat bermanfaat bagi diri kita. Walau apa pun manfaat dari buah salak tersebut semuanya datang dari kekuasaan Allah. Sentiasa percaya dan yakin kepada Allah S.W.T.

Wallahu a'lam (والله أعلم)

Monday 15 May 2017

Rogol Dan Bunuh Kekasih Kerana Enggan Kahwin





KEJAM gila. Gara-gara teman wanitanya memutuskan hubungan, seorang lelaki bersama enam rakannya telah menculik, merogol dan membunuh wanita itu sebelum kepalanya dilanggar dengan kereta bagi mengelakkan identitinya dikenalpasti.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di Rohtak, India melibatkan mangsa, seorang wanita berusia 23 tahun dikenali sebagai Sonipat. Mayatnya pula telah dikoyak-koyak oleh anjing jalanan.
Susulan itu bekas teman lelakinya, Sumit bersama rakan-rakannya telah ditangkap dan mereka mengaku melakukan jenayah kejam itu.
Sonipat telah diculik oleh Sumit ketika keluar bekerja pada pukul 7 pagi. Dia telah memutuskan hubungan dengan Sumit kerana lelaki itu menganggur.
Beberapa hari sebelum diculik dan dibunuh, Sonipat telah menampar pipi Sumit kerana menghalang laluannya ke tempat kerja.
“Bedah siasat yang dijalankan mendapati tengkoraknya telah hancur dan dia juga telah diberikan ubat pelali yang dicampur dalam minumannya,’’ kata polis.
Keluarga Sonipat memberitahu Sumit sebelum ini turut memaksa anak mereka berkahwin namun mangsa enggan.
Dalam pada itu Sumit ketika mengaku melakukan pembunuhan berkenaan berkata dia dan Sonipat saling mencintai namun berlaku pergaduhan antara mereka berdua. Dia juga telah membunuh Sonipat dengan menghentak kepalanya dengan batu sebelum dilanggar dengan kereta.
Pembunuhan itu mencetuskan kemarahan ramai dengan aktivis mendesak penjenayah dihukum mati. – MYNEWSHUB.CC

KISAH SEORANG PEMUDA PENGGALI KUBUR DI ZAMAN RASULULLAH SAW




Ya Allah, aku adalah hambaMu yang telah berbuat dosa besar. Sekarang aku datang ke pintuMu, agar Engkau berkenan menjadi penolongku disisi kekasihMu. Sungguh Engkau Maha Pemurah kepada hamba-hambaMu dan tiada tersisa harapanku kecuali kepadaMu….”
Pada kesempatan kali ini saya akan memposting sebuah kisah seorang pemuda penggali kubur, yang diambil dari Kitab Mukasyafah Al Qulub Karangan Imam Ghazali.
Diriwayatkan bahwa pada zaman Rasulullah s.a.w, Umar bin Khaththab, salah seorang sahabat terdekat Rasullulah s.a.w menangis di depan pintu rumah Rasulullah s.a.w. Mendengar suara Umar bin Khaththab berada di luar, maka Rasulullah s.a.w segera keluar dan bertanya kepada Umar bin 
Khaththab, “Wahai Umar mengapa engkau menangis?”

Kemudian Umar menjawab: “Wahai Rasulullah, bersamaku ada seorang pemuda yang telah membuat hatiku sedih dengan tangisnya.”
Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan Umar agar membawa masuk anak muda tersebut ke dalam. Atas perintah tersebut, Umar bin Khaththab lalu mengajak pemuda yang datang bersamanya sambil keduanya tetap menangis.
Pemuda itu disuruh duduk di depan Rasulullah s.a.w dan Umar Ibnu Khaththab duduk di sebelahnya. Rasulullah s.a.w kemudian bertanya: “Wahai pemuda, mengapa engkau menangis?”
Pemuda itu menjawab sambil tetap menangis: “Wahai Rasulullah, dosaku sangat besar dan aku takut Allah memurkaiku…”
“Apakah engkau telah menyekutukan Allah dengan sesuatu?” tanya baginda s.a.w.
“Tidak, ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil tetap menangis.
“Apakah engkau telah membunuh seseorang dengan alasan yang tidak benar?” Rasulullah s.a.w kembali bertanya.
“Tidak ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil terus menangis.
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh, dosamu sebesar apa pun, Allah akan mengampuninya, sekalipun memenuhi langit dan bumi.”
“Sungguh dosaku lebih besar dari itu, ya Rasul,” sahut pemuda itu.
“Apakah besar dosamu melebihi Arasy? Besar mana dengan Arasy?” tanya baginda s.a.w lagi.
“Dosaku sangat besar, ya Rasulullah.”
“Lalu besar mana dosamu dengan keagungan, ampunan, dan rahmat Allah?” tanya Rasulullah s.a.w.
“Tentu keagungan, ampunan, dan rahmat Allah lebih besar. Tetapi dosaku sangat besar, ya Rasulullah” jawabnya masih dalam keadaan menangis terisak-isak.
Karena kurang mengerti maksud pengakuan dari pemuda itu, akhirnya Rasulullah s.a.w mendesaknya, “Cobalah katakan dosa apa yang pernah engkau perbuat?”
“Aku malu menyebutnya, ya Rasulullah…” kata si pemuda itu.
Karena Rasulullah s.a.w terus mendesak pemuda itu untuk mengatakan dosanya secara jujur. Maka dengan perasaan malu dan takut, pemuda itupun menceritakan dosa yang dilakukannya.
“Wahai Rasulullah, aku ini seorang penggali kubur, sejak tujuh tahun lalu. Hingga meninggalnya puteri dari seorang sahabat Ansar. Melihat kecantikan dan kemontokan tubuhnya, nafsu birahiku memuncak. Setelah kuburan sepi, ku bongkar kuburnya dan ku telanjangi mayat gadis itu. Setelah ku cumbui, nafsu berahiku tak dapat ku tahan, lalu ku setubuhi. Saya terkejut, tiba-tiba mayat gadis itu berkata, “Tidakkah engkau malu kepada Allah, pada hari Allah menghukum orang-orang yang berbuat zalim, sementara engkau menelanjangiku dan menyetubuhiku diantara orang-orang yang telah mati. Engkau membuatku dalam keadaan junub di hadapan Allah!”
Mendengar pengakuan dari si pemuda itu, Rasulullah s.a.w segera bangkit berdiri dan meninggalkannya, seraya berseru: “Hai pemuda fasik, pergilah! Jangan engkau dekati aku! Nerakalah tempatmu kelak!”
Pemuda itu pun segera keluar meninggalkan rumah Rasulullah s.a.w seraya menangis. Dia berjalan dengan arah tak menentu keluar kampung. Sampailah dia di padang pasir yang luas lagi panas. Tujuh hari lamanya ia tidak makan dan minum karena penyesalan dan kesedihan yang sangat mendalam hingga lemahlah keadaan tubuhnya tak kuasa lagi berjalan, lalu kemudian jatuh tersungkur di tempat itu. Di atas pasir ia bersujud kepada Allah, lalu berdoa dan memohon ampunanNya dalam tangisnya.
“Ya Allah, aku adalah hambaMu yang telah berbuat dosa besar. Sekarang aku datang ke pintu-Mu, agar Engkau berkenan menjadi penolongku disisi kekasih-Mu. Sungguh Engkau Maha Pemurah kepada hamba-hamba-Mu dan tiada tersisa harapanku kecuali kepadaMu. Ya Allah Tuhanku, sudilah menerima kehadiranku, kalau tidak datangkanlah api-Mu dari sisi-Mu, dan bakarlah tubuhku dengan api-Mu di dunia ini, daripada Kau bakar tubuhku di akhirat nanti.”
Setelah itu Malaikat Jibril a.s datang kepada Rasulullah s.a.w. Usai menyampaikan salam dari Allah, Jibril a.s berkata: “Wahai Muhammad, Allah s.w.t bertanya kepadamu, “Apakah engkau yang menciptakan makhluk?”
“Bahkan Dialah yang menciptakan diriku dan mereka,” jawab Rasulullah s.a.w.
“Apakah engkau memberi rezeki kepada mereka?” tanya Jibril a.s.
Rasulullah s.a.w menjawab: “Bahkan Dia memberi rezeki padaku dan mereka.”
“Apakah engkau menerima taubat mereka?” tanya Jibril a.s untuk kali yang sekiannya.
“Bahkan Dia yang berhak menerima taubat dan mengampuni dosa-dosa hamba-Nya” ujar Rasulullah s.a.w.
Jibril a.s lalu berkata, Allah berfirman kepadamu; “Telah datang kepadamu seorang hamba-Ku dan dia menerangkan satu dosa dari beberapa dosanya, maka kamu berpaling (marah) kepadanya dari dosanya, maka bagaimana keadaan orang-orang mukmin kelak, apabila mereka datang dengan dosa yang banyak lagi besar ibarat gunung yang besar? Engkau adalah utusan-Ku yang Aku utus sebagai rahmat untuk seluruh alam. Maka jadilah kamu orang yang sayang menyayangi pada semua orang yang beriman, menjadi penolong bagi orang-orang yang telah berdosa dan memaafkan keterlanjuran dan kesalahan mereka (hamba-Ku); karena sesungguhnya Aku telah mengampunkannya (menerima taubatnya) dan dosanya.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. mengutus beberapa orang sahabat, maka mereka temui pemuda tersebut lalu memberikan khabar gembira kepadanya dengan maaf dan ampunan-Nya. Lalu mereka membawa pemuda tersebut berjumpa Rasulullah yang mana ketika itu beliau (Rasulullah) sedang menunaikan sembahyang Maghrib, dan merekapun bermakmum di belakangnya.
Ketika Rasulullah s.a.w. membaca surah Al Fatihah yang dilanjutkan dengan surah At-Takaatsur (Al Haakumuttakaatsur), sesampai baginda membaca ‘Hattaa Zurtumul Maqaabir’ (Kamu telah dilalaikan sehingga kamu masuk kubur), maka berteriaklah pemuda itu dengan keras sekali langsung jatuh. Ketika mereka selesai sembahyang, mereka dapati pemuda itu telah meninggal dunia. Mudah-mudahan Allah Taala membelas kasihaninya.
Tags: kisah seorang pemuda penggali kubur, kisah seorang pemuda, kisah pemuda, kisah pemuda penggali kubur, penggali kubur, cerita penggali kubur, kisah taubatnya penggali kubur, kisah pemuda penggali kubur di zaman nabi.